Siri Kembara ke Rumah-rumah Allah

Masjid Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA.

 

 

Masjid ini terletak di Kubang Kerian, dekat bandar Kota Bharu.  Ianya sebuah masjid yang besar dengan senibina yang moden.

 

 

Bagaimana nak ke sini?

Dari bandar Kota Bharu, ikut Jalan Pasir Puteh. Selepas 3-4 km dan sebelum simpang ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa/Bachok, anda akan jumpa masjid ini di sebelah kiri anda.

 

Kota Bharu terletak di pantai timur Malaysia dan lebih kurang satu jam penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA). Malaysia Airlines dan AirAsia terbang ke sini setiap hari.