04/03/05 - Program Asyura
Program ini telah diadakan pada 04/03/2005 di perkarangan
Sekolah Rendah Islam Pintar Cawangan Paka, Terengganu.
Program gotong-royong ini dihadiri oleh hampir
semua ibu bapa termasuk anak-anak, kesemuanya berjumlah lebih 50 orang. Masing-masing
membawa bahan mentah untuk membuat bubur asyura sempena mengingati 10
Muharram setiap tahun. Sebanyak 2 kawah
bubur asyura ala Terengganu telah disediakan. Bubur yang telah siap dimasak dimakan
bersama-sama dan dibawa balik dan selebihnya diedarkan kepada masyarakat
sekeliling.
Antara imej yang sempat dirakamkan.

Ibubapa
sibuk mengacau bubur asyura dalam kawah.

Kaum
ibu yang hadir mengambil kesempatan bertukar maklumat mengenai pelajaran anak-anak
mereka.

Emm!
Sedapnya. Kacau jangan tak kacau! Nanti hangit baru tahu.

Antara
pelajar-pelajar SRIP yang hadir.