SRIP Paka – Hari Ihtifal 2005

 

Program ini telah diadakan pada 03/02/2005 di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Paka, Terengganu.

Dihadiri oleh hampir semua ibu bapa termasuk anak-anak, kesemuanya berjumlah lebih 200 orang. Program ini dimulai dengan jamuan makan malam diikuti dengan persembahan pelajar pelbagai peringkat antaranya nasyid, pentomen dan penyampaian sajak dalam Bahasa Inggeris. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Supian selaku Pengerusi PIBG. Terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru SRIP Paka yang berusaha keras menjayakan program ini. Anda adalah asset utama SRIP Paka!

 

Antara imej yang sempat dirakamkan.

 

Persembahan nasyid dalam Bahasa Inggeris oleh pelajar Tahap 1.

 

Antara ibubapa yang hadir di Dewan Utama SMK Paka.

Persembahan pentomen “Sakaratul Maut”  mengisahkan seorang ahli korporat yang sedang nazak dalam keadaan lupa kepada Tuhan.

Guru Besar Cikgu Noajibah menyampaikan ucapan selamat datang.

Pak Mat ialah orang kuat PIBG SRIP Paka di samping Ustaz Zawawi (kanan).

Dua orang pelajar SRIP Paka sedang menikmati makan malam.