Sdr Judd ialah seorang pakar sistem rangkaian komputer (computer network specialist) di sebuah syarikat IT terkenal di Malaysia. Beliau  bertanggongjawab memastikan peralatan network seperti servers dan switches pelanggannya dalam keadaan tip-top.

 

DI masa lapang bila sistem dalam keadaan baik, beliau suka menyelam skuba (Scuba diving).  Sdr Judd ialah seorang penyelam skuba yang berlesen dengan PADI (Professional Association of Diving Instructors) yang selalu mengikuti aktiviti-aktiviti skuba pada masa lapang. Projek akan datang ialah Pulau Bidong. Katanya di sini terdapat sekurang-kurangnya 13 bangkai kapal karam (shipwrecks) untuk satu kawasan selaman. Tentu menarik kan! Beliau juga selalu menganjurkan aktiviti selaman pantai (shore diving) di pesisiran pantai Terengganu.

 

 

Berasal dari Trong, Perak, beliau sudah berkeluarga  --- seorang isteri dan 2 orang anak.  Beliau boleh dihubungi di tajuddin@mesiniaga.com.my

 

Sdr Judd (kiri) bersama rakan penyelam. Hobi aulanya ialah menyelam. Dia berkata --- “I am part of underwater life. They makes me live”.