
(Ekspedisi ‘off-road’
ini disertai oleh Abu Adam pada bulan Mach 2003. Maklumat di bawah tepat
pada waktu tersebut)
Tasik Kenyir terletak di Negeri Terengganu, Malaysia. Ia
adalah salah satu tasik buatan manusia terbesar di Malaysia, terbentuk akibat
pembinaan empangan untuk menjana tenaga eletrik melalui kuasa air (hidro).
Terletak lebih kurang 60 km dari Bandar Kuala Terengganu.
Banyak ditulis mengenai
Tasik Kenyir tetapi tidak banyak mengenai kehidupan flora dan fauna di hutan
Kenyir. Kawasan tasik Kenyir
dikelilingi oleh hutan balak tropika yang menjadi sumber pendapatan kepada
kerajaan negeri. Penulis berkesempatan menyertai satu ekspedisi merentasi hutan
Kenyir pada bulan Mach 2003. Rancangan awal ialah memasuki hutan Kenyir
mengikut jalan bersebelahan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir dan keluar melalui
Felda Aring dekat Gua Musang, Kelantan, mengikut jalan balak dan jalan kelapa
sawit. Dari Gua Musang, ekspedisi ini bergerak ke Kuala Lipis, Jerantut,
Jengka, Maran, Kuantan dan berakhir di Cheneh, Terengganu. Sebanyak 18
kenderaan pacuan empat roda mengambil bahagian, kebanyakannya Suzuki Jimny,
Pajero dan Rangers.
Ekspedisi ini dianjur oleh
Pemuda PAS DUN Bukit Besi, PESAKA dan Jabatan Hutan. (Terima kasih kepada Ustaz
Roslan Ismail). Ekspedisi dilepaskan di Masjid Jerangau Sungai pada 21/3/2003
selepas Solat Jumaat dan berakhir di Restoran CRR Cheneh pada 23/3/2003 (tengah
malam).
Beberapa foto berkaitan
ekspedisi seperti di bawah. Imej kurang
baik kerana dirakamkan menggunakan kamera SLR biasa dan diiimbas menggunakan
scanner. Tarikh tercetak pada foto tidak betul (tarikh sebenar --- lihat kain
rentang pada foto kumpulan).




Penjelasan foto
mengikut lawan jam bermula dari atas kanan: 1. Salah satu kenderaan
4WD yang mengambil bahagian. 2. Penulis kelihatan lebih
favor Ford Ranger dari Mitsubishi Storm. 3. Panas terik memudahkan pendakian bukit, tetapi
ramai peserta mengharapkan hujan supaya pendakian lebih mencabar. 4. Foto kumpulan,
sebelum berlepas selepas solat Jumaat di Masjid Jerangau Sungai, Hulu Terengganu. 5. Toyota Hilux yang
membawa bekalan asas terjunam ke dalam rekahan jalan yang besar.
