
Siri Kembara ke Rumah-rumah Allah
Masjid Stesen Bas ‘Abdali, Amman, JORDAN
‘Abdali
ialah sebuah stesen bas utama di Amman, JORDAN. Stesen ini penting bagi
pengembara kerana semua teksi ke Sham (SYRIA)
bermula di sini. Bas ekspres ke Lapangan Terbang Queen Alia juga boleh di ambil
di sini.
Masjid
ini terletak dalam kawasan stesen bas Abdali. Saya berada di sini pada Sept
2003 semasa dalam perjalanan ke Damascus, SYRIA melalui jalan darat.

Masjid yang tidak diketahui namanya. Struktur
luarnya menarik walaupun saiznya kecil dengan design yang ringkas.
Pemandangan dari Hotel berhampiran.