
Siri Kembara ke Rumah-rumah Allah
Masjid Raja Abdullah Hussain,
Amman, JORDAN
Masjid
ini terletak di kawasan ‘Abdali, berhampiran stesen bas dan teksi. Ini ialah
sebuah masjid moden yang luas. Ruangan solat untuk muslimah terletak berasingan
dari dewan solat utama yang dikhaskan untuk muslimin. Tempat wuduk terletak di
basement dan agak jauh dari dewan solat utama.
Masjid
ini terletak antara dua jalan. Anda boleh memasuki masjid ini dari satu jalan
dan keluar melalui jalan yang lain. Menarik kan?
Saya
berada di sini pada Sept 2003 semasa dalam perjalanan ke Damascus, SYRIA
melalui jalan darat.

Penulis di pintu masuk utama masjid. Keadaan
sunyi sepi di luar waktu solat.