Siri Kembara Rumah-rumah Allah

Masjid Negeri, Kuantan, Pahang, MALAYSIA.

 

 

Nama resmi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmad Shah 1, sempena nama Sultan Pahang sekarang. Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai.  Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

 

Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan.  Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret.  Warna temanya ialah biru muda.

 

Jangan lupa berniat iktikaf dan solat sunat tahiyyatul masjid jika anda singgah di sini.

 

Nota: Imej kurang tajam kerana menggunakan kamera telefon (Alcatel 735).

 

Bagaimana nak ke sini?

 

Dari stesen bas Kuantan (Terminal Makmur), anda boleh menaiki teksi. Dari hotel-hotel berdekatan (Hotel Shahzan, Hotel Grand Continental, Hotel MS Garden) anda boleh saja berjalan kaki ke sini.

 

Dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki Malaysia Airlines dari KL International Airport (KLIA). Anda boleh memandu menggunakan lebuhraya pantai timur (KL - Karak – Kuantan) yang mengambil masa 2.5 jam sahaja.

Jarak KL – Kuantan ialah 250 km.

 

Jalan masuk ke kawasan parking masjid. Dari kejauhan anda boleh melihat minaret masjid ini.

Ruang solat muslimin yang luas di penuhi karpet tebal berwarna hijau muda dan hiasan/ukiran  dinding yang ekslusif.

Padang bola di hadapan masjid. Kelihatan juga sebuah hotel.