
Siri Kembara ke Rumah-rumah Allah
Masjid Kowloon, HONG KONG.
Masjid
Kowloon dan Pusat Islam ini terletak di Nathan Road di kawasan Tsim Sha Tsui.
Tsim Shat Sui terkenal dengan syurga membeli belah untuk pelancong-pelancong
yang datang ke Hong Kong dari seluruh dunia. Kebanyakan hotel-hotel terletak di
Nathan Road. Masjid ini adalah yang terbesar di Kowloon. Anda tidak akan miss
masjid kerana lokasinya yang strategic. Masjid-masjid lain terletak di Hong
Kong Island. Tiada masalah mencari restoran makanan Islam di kawasan ini.
Kebanyakan diusahakan oleh Pakistani dan Indonesians.
Aku
lawati masjid ini pada tahun 1999 semasa transit sekejap dalam perjalanan balik
ke KLIA dari Shanghai atas satu urusan rasmi syarikat. Ketika itu tingkat atas
masjid ini masih dalam pembinaan. Ada sekumpulan sahabat-sahabat tabligh ketika
itu beriktikaf di masjid ini sementara menunggu kelulusan visa untuk memasuki
tanah besar China.

Masjid dan Pusat Islam Kowloon, Hong
Kong. Imej ihsan pemegang hakcipta,
jika ada.