Lebuhraya Pantai Timur, MALAYSIA

(Wannor  telah melalui Lebuhraya terbaru ini  pada Oktober 2004. Lebuhraya ini bermula di Karak, Pahang dan berakhir di Kuantan, Pahang.  Maklumat di bawah tepat pada waktu tersebut).

 

 

 

Pengenalan

 

LPT sepanjang 169 km ini menyusuri kawasan berbukit dan berpaya di pendalaman negeri Pahang. Peta ihsan pemilik hakcipta.

 

Lebuhraya Pantai Timur (LPT)  yang berharga RM1.2billion ini ialah sensasi terkini sector pengangkutan awam di Malaysia. LPT dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2004. Rakyat dipelawa menguji lebuhraya ini selama satu bulan tanpa tol. LPT sangat signifikan kerana ianya adalah satu-satunya lebuhraya 4-lorong yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. LPT diharapkan dapat memacu pembangunan ekonomi di wilayah pantai Timur Semenanjung Malaysia.

 

Projek LPT dilaksanakan dalam 2 fasa. Fasa 1 menghubungkan Karak ke Kuantan, PAHANG. Fasa 2 menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu, TERENGGANU.

 

Fasa 1 Lebuhraya sepanjang 169 km ini bermula di Karak, Pahang (persimpangan Karak) dan berakhir di sempadan Pahang/Terengganu (persimpangan Kuantan). Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang ada sekarang.

 

LPT juga terkenal dengan kadar kemalangan yang tinggi. Sejak dibuka pada Ogos lalu, sebanyak 108 kemalangan yang telah berlaku di LPT. Laporan pakar menunjukkan antara faktor penyebabnya ialah kerosakan pada rekabentuk di km36 lebuhraya itu yang menyebabkan sesetengah kenderaan laju "menggelungsur" di sudut jalan. Ini berlaku kerana penaikan tinggi tidak mencukupi antara sepanjang jalan Km90 dan Km126. MTD Capital Bhd selaku kontraktor turnkey diarahkan membetulkan segala kecacatan rekabentuk LPT.

 Susur Keluar (Exits)

Terdapat 8 susur keluar dari LPT melalui 8 persimpangan bertingkat, iaitulah Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang dan Kuantan. (lihat peta di atas). Jarak  persimpangan antara Temerloh dan Chenor paling dekat hanya dipisahkan oleh Sungai Pahang.

Setiap susur keluar mempunyai lampu jalan “floodlight’ yang mencukupi.  Jambatan merentasi Sungai Pahang dihiasi lampu yang berlebihan.

 

Kemudahan-kemudahan asas

 

Terdapat 4 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan 6 hentian sebelah (lay-by) di sepanjang LPT. Kawasan rehat mempunyai kemudahan bilik air, gerai-gerai makanan/minuman dan surau. Pemandu-pemandu yang mengantuk boleh tidur sekejap di hentian sebelah.

Stesen-stesen minyak boleh dijumpai di setiap kawasan rehat (2 Shell dan 2 Petronas).  Pada waktu kembara ini, hanya kawasan rehat Temerloh yang dibuka sepenuhnya.

 

Had Laju

 

Had laju di kebanyakan bahagian ialah 110 km/j.  Sebahagian laluan mempunyai had laju 90km/j disebabkan risiko selekoh, jalan tidak rata dan angin lintang (cross wind). Kereta berkeupayaan tinggi bergerak selesa pada kelajuan 150km/j tetapi tidak digalakkan.

 

 

Kadar Tol

 

Kadar tol dari persimpanagan Karak ke persimpangan Gambang ialah RM16.70 dan lebih kurang RM20 jika anda keluar di persimpangan Kuantan,  

 

 

Imej-imej

 

Papan tanda eletronik memberi amaran awal akan bahaya-bahaya di hadapan.

Papantanda menujuk arah masuk ke LPT (Persimpangan Gambang).

Lereng bukit diturap dengan konkrit untuk mengelak tanah runtuh.

Merbahaya !!! Lereng bukit yang akan runtuh bila-bila masa pada hari hujan lebat.

Sebahagian jalan ditutup untuk kerja-kerja penurapan semula. Isu utama LPT ialah jalan tidak rata.

Sebuah jambatan merintasi Sungai Pahang sebelum memasuki Exit 819. Tiada hiasan luaran yang menarik pada jambatan ini kecualilah pintu gerbang dan tiang-tiang lampu. Terdapat 52 jambatan di sepanjang LPT yang menyeberangi sungai-sungai dan jalan-jalan sedia ada.

 

Plaza Tol Gambang. LPT menggunakan sistem tol bertutup --- ambil tiket tol dahulu bayar kemudian.

Stesen minyak Shell terletak di kawasan rehat dan rawat (R&R) Temerloh. Selain Shell, terdapat stesen minyak Petronas di LPT tetapi belum lagi beroperasi.

 

Sebahagian besar laluan LPT merentasi banjaran bukit.